Gopeng Glamping Park - Hidden Gem Di Perak Yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik
Kebanyakan lokasi glamping di Malaysia ni ada di KL, Selangor, dan juga Pahang. Jadi memang susah juga nak cari lokasi glamping di tempat lain. Untuk korang yang duduk di Perak tu, tak perlu risau lagi.
Sekarang ni korang dah boleh pergi ke Gopeng Glamping Park yang terletak berdekatan dengan Kampung Chulek.
Lokasi ini memang sesuai untuk korang yang ingin cuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi bersama rakan-rakan atau keluarga korang. Lokasi ini memang sesuai untuk sesi bonding bersama mereka.
Tak perlu risau untuk yang tak biasa pergi camping tu. Ini adalah 'glamping' (glamour + camping), so setiap khemah mempunyai tilam yang selesa.
Bukan tu je, korang juga akan dapat akses bilik air dan bilik mandi di kawasan berdekatan. Selain itu, korang juga akan dapat beberapa kemudahan asas seperti:
- Wi-Fi percuma
- Kipas
- Makanan (kalau pilih pakej ini, kalau tidak boleh bawa makanan sendiri)
- Dapur
- Peralatan BBQ
- Ruangan solat
So nampak tak betapa bezanya glamping dan camping biasa. Di glamping, kebanyakan kemudahan asas memang akan disediakan dengan baik dan lengkap. Siap ada kipas tu.
Antara aktiviti yang korang boleh buat ketika menginap di lokasi ini adalah whitewater rafting, paintball, hiking tengok sunset, dan juga main ATV. Senang cerita memang best la duduk sini.
So kalau korang dah bosan hujung minggu tak tahu buat apa dan asyik pergi mall dan cafe je, bolehlah ubah angin dan cuba pengalaman baru di Gopeng Glamping Park ni.
Alamat: Lot 10846, Jalan Besar Kampung Chulek, Gopeng 31600 Perak