The HangoutSpaceZ - Meriahkan Staycation Korang Dengan Wayang Persendirian Di Airbnb Penang Ini

October 28, 2020 - 04:13 PM


Bosan dengan hotel dan resort yang kebanyakannya sama sahaja? Teringin nak duduk di tempat yang fun dan menarik? Tak perlu cari lagi, korang boleh je pergi ke The HangoutSpaceZ. Apartment ni terletak di Bayan Lepas dan mempunyai beberapa fasiliti menarik buat korang yang duduk di sini. Nak tengok movie? Tidur atas hammock? Semua ada di sini.

Fasiliti utama yang sangat menarik perhatian adalah home theatre. Ya, korang ada wayang mini sendiri di dalam rumah tersebut dan yang paling best, owner akan menyediakan external hard disk yang mempunyai ratusan movies dari pelbagai genre. Kalau korang nak tengok movie sepanjang hari pun memang tak ada masalah. Malah, mereka menggunakan sistem 5.1 surround sound, memang best la pengalaman movie night korang.

Bukan tu je, korang pun ada gelongsor dalam rumah! Boleh naik tangga ke tingkat atas dan gelongsor ke bawah dengan jayanya. Malah di tingkat atas juga ada suspended hammock untuk korang baring (boleh tengok gambar di atas). Disebabkan hammock itu berjaring, korang boleh bersembang dengan orang yang berada di tingkat bawah, seronok betul.

TheHangoutSpaceZ juga mempunyai katil bersaiz queen di tingkat atas dan korang juga boleh request tilam lebih sekiranya diperlukan. Dan segala peralatan masakan juga ada di rumah ni, jadi tak perlu risau tentang makanan. Dan kalau korang malas nak memasak korang boleh pergi makan di restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar yang hanya 1 minit je dari rumah korang.

Tentang kebersihan pula, pihak TheHangoutSpaceZ memang jaga dengan baik dan akan make sure semuanya bersih dan disanitize sebelum korang masuk. Jadi kalau korang inginkan kelainan untuk staycation korang, bolehlah datang ke tempat ni. Ingat, kalau nak keluar pergi makan tu jaga SOP dan pakai penutup muka okay? Have fun guys!

Instagram | Airbnb

Destination: