Hillside Batu Retreat - Hidden Gem Di Selangor Untuk Staycation Dan Nature Retreat

HOTEL
March 15, 2021 - 01:02 PM


Kalau korang inginkan percutian di tengah-tengah hutan beserta atas bukit, di Kuala Kubu Bharu ada satu lokasi yang best dan sangat cantik yang korang boleh pergi. Nama tempat tersebut adalah Hillside Batu Retreat. Villa ini mempunyai ruang tamu, 3 bilik tidur, 2 bilik air, 2 bilik mandi, dan juga dapur yang lengkap untuk korang memasak. 

Villa ini dibina hanya dengan menggunakan konkrit dan besi, sebab itu nama yang diberi adalah 'Batu'. Design ini menggunakan tema basic humanity dimana mereka ingin membawa pengunjung merasai pengalaman tanpa gangguan luar. Malah kebanyakan perabot di villa tersebut telah dipilih sendiri oleh owner dan diperbaharui semula membuatkan suasana dalaman sangat unik.

Barangan asas seperti tuala, barangan mandi, charger, dan minuman juga turut disediakan di villa ini. Malah terdapat ruangan BBQ beserta peralatan yang diperlukan dan arang juga ada di sini. Kalau nak mandi kolam pun boleh (tapi kolam kongsi dengan jiran). Selain itu, pengunjung juga akan dapat free parking bila tiba di lokasi ni. 

Jadi kalau korang ingin mencari lokasi yang mempunyai pemandangan cantik dan menenangkan untuk spend time bersama rakan-rakan dan keluarga, Hillside Batu Retreat memang perfect untuk korang. Jangan lupa untuk sediakan barangan masakan dan enjoy korang punya retreat sepanjang berada di sini. Memang one of the best di Selangor.

Alamat: No. 4D, Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Airbnb

 

Destination: 
Artikel berkaitan