Homestay Rumah Sungai - Homestay Unik Wajib Pergi Di Perak

January 05, 2021 - 10:49 AM


Sungai merupakan salah satu lokasi yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Dengan airnya yang jernih dan pemandangan yang sangat cantik, sungai seringkali menjadi lokasi hujung minggu yang dilawati orang ramai. Jadi kepada korang yang minat mandi sungai di luar sana, korang boleh check out satu homestay unik di Perak yang bernama Homestay Rumah Sungai.

Seperti namanya, homestay ni memang betul-betul dibina di hadapan sungai. Dan setiap daripada rumah tersebut mempunyai balkoni yang menghadap sungai tu tau. Jadi korang boleh tengok pemandangan air sungai yang mengalir dari rumah korang sambil menghirup udara segar. Bila korang duduk di sini, makanan sarapan dan tengah hari juga turut disediakan.

Yang paling best, korang boleh buat macam-macam aktiviti di sini. Yang pertama sekali sudah tentulah mandi sungai yang ada di depan korang ni kan. Korang juga boleh menyewa basikal untuk pergi cycling ke trek yang disediakan. Selain itu, boleh juga untuk pergi hiking ke kawasan bukit sekeliling lokasi Homestay Rumah Sungai ni. 

Setiap rumah disini mempunyai bilik air sendiri, cerek, shower, barangan mandi, dan sejadah. Korang juga boleh pilih menu makanan yang disediakan berdasarkan gambar di bawah. Jadi apa pendapat korang mengenai homestay ni? Menarik kan? Untuk info lanjut korang boleh pergi ke laman web media sosial mereka di bawah. Have fun!

Alamat: Kg Kuak Lata Papan, 33400 Lenggong, Perak

Facebook

Destination: