The Hooton Retreat - Glamping Elegan 'Summer Soiree' Di Nogoghi

May 18, 2021 - 12:46 PM


Memang tak dapat nak nafikan yang glamping, iaitu singkatan kepada Glamor Camping kini menjadi trend penginapan yang menjadi pilihan mereka yang mengidamkan staycation yang tenang, dan hampir semua activity istirehat boleh diselesaikan di satu lokasi sahaja. 

Port glamping pun sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, selepas satu, satu port glamping baru yang kami temui, dan setiap satu datang dengan ciri-ciri tersendiri yang membuatkan ramai tertarik. Antara faktor lain yang membuatkan glamping "meletop" adalah dek rupa luaran dan dalaman tapak glamping yang sentiasa menjanjikan gambar-gambar yang tip top!

Sebelum ini, kalau ke Negeri Sembilan ada Buana Kita Glamping & Events yang terletak jauh di dalam kawasan kampung di Rembau, yang sangat sunyi dan tenang, serta dikelilingi kehijauan, juga terletak hanya beberapa minit dari sungai. Korang boleh baca tentang Buana Kita di dalam artikel Rembau & Tampin Rileklah di sini

Kini, Negeri Sembilan memperkenalkan pula satu lagi port glamping baharu yang diberikan citarasa elegan, dengan tema yang diambil, 'Summer Sooire' yang membawa maksud majlis petang yang elegan, majlis atas-atas yang di mana jemputan akan datang dengan berpakaian serba elegan. 

The Hooton Retreat terserlah elegan dengan pemilihan perabot yang lain daripada port glamping yang lain dimana sesetengah perabot di dalam khemah-khemah merupakan perabot yang diperbuat daripada rotan, memberikan rasa Bohemian

Terletak di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, lokasi glamping ni hanya 1 ke 2 jam memandu dari Kuala Lumpur, dan 1 jam dari Bandar Seremban. Sampai je di sini, korang akan disambut dengan kehijauan hutan, dan ketenangan yang akan lepaskan segala ketegangan. 

The Hooton menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk korang pilih seperti kabin, khemah berbentuk glob, dan juga chalet. Paling best, dorang siap ada kolam renang! Memang lengkap kan? Tapi kalau korang rasa nak mandi air sejuk semulajadi, antara aktiviti yang terkenal dengan mereka yang menginap di The Hooton adalah mandi air terjun di Jeram Toi Waterfall, Jelebu yang terletak hanya 25 minit memandu daripada tapak glamping. 

Memang dah biasa kalau pergi glamping memang korang akan menunggu-nunggu peluang untuk bakar marshmallow dekat unggun api kan? Haa, memang ada, tapi apa yang lebih menarik dekat sini dorang siap sediakan set barbeku yang lengkap, dan siap boleh dapatkan nasi daun pisang tau. 

Memang lengkap The Hooton Retreat ni daripada penginapan, makanan, dan aktiviti yang korang boleh buat, sesuai untuk pasangan, dan lagi seronok kalau dijadikan lokasi berkumpul ramai-ramai. Mesti havoc gila!

Destination: