Hotel Bertemakan Sci-Fi Spaceship Ni Memang Awesome! Dah Macam Dalam Movie

HOTEL
August 28, 2020 - 02:00 PM


Biasanya dalam movie dan tv series yang bergenre sci-fi akan ada banyak lokasi dan reka bina yang unik dan menarik. Disebabkan kita tak pernah Nampak design macam tu, kita jadi tertarik untuk cuba hidup dalam dunia movie tu. Mesti korang pernah terfikir macam ni:

“Aku harap aku hidup berpuluh tahun lagi untuk rasa semua tu”

Dah dah, tak payah drama sangat, sekarang ni pun ada dah lokasi bertemakan sci-fi yang awesome. Memperkenalkan Riccarton Capsule Hotel. Kalau korang nak rasa tidur dalam dunia sci-fi atau spaceship, inilah dia.

Setiap pod tu dilengkapi dengan cahaya berwarna biru yang memberikan suasana sci-fi seolah-olah anda berada di dalam dunia Cyberpunk. Dan menurut mereka yang dah tidur dekat sana, pengalaman mereka memang sangat unik dan lain daripada hotel kapsul di Malaysia ni.

Bukan tu je, lokasi dia pun tak jauh, hanya di Titiwangsa Lake Garden, Kuala Lumpur je. Dan hotel ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti smart TV, wifi, tilam memory foam, dan peti simpanan. Diinspirasikan daripada negara jepun, pemilik hotel ini ingin cuba memberi kelainan kepada pelanggan mereka.

Harga pun agak murah berbanding hotel kapsul yang lain. Bergantung kepada jenis pod yang anda pilih, harga bermula dari RM 40 untuk satu malam hingga ke RM 200. Tapi selamat ke tidur dalam pod ni? Kalau orang buka waktu kita tidur macam mana?

Rileklah, hotel ni menggunakan teknologi electronic card reader dimana anda perlu swipe kad anda untuk membuka pintu pod. Dengan kata lain, satu kad satu pod. Dan ada juga CCTV dekat kawasan ni so jangan risau okay?

Jadi jangan la tunggu lagi, ajak member korang yang minat dengan sci-fi dan spaceship untuk datang try tidur dekat sini. Boleh telefon hotel ni di nombor 03-4031 5000. Have fun!

Destination: