Hotel Butik Terbaik Dunia Ada Di Bali!

November 20, 2019 - 12:19 PM


Tahukah anda baru-baru ini sebuah hotel butik di Bali telah dinobatkan sebagai ‘Hotel Butik Terbaik Di Dunia’ bagi tahun 2019 dalam edisi ke-9 oleh Merchant Taylors Hall, London, baru-baru ini.

Hotel butik yang dimaksudkan adalah Awarta Nusa Dua Resort & Villas di Kuta Selatan, Bali.

Mengapa Awarta terus menjadi yang terbaik?

Selain namanya ‘Awarta’ yang bermaksud harta karun, hotel butik ini juga umpama sebuah permata yang tersembunyi kerana dilengkapi dengan 14 buah vila autentik dengan pemandangan menakjubkan dikelilingi pohon-pohon bonsai dan bunga kemboja serta kolam renang peribadi untuk para tetamu.

Malah, tetamu juga bakal disajikan dengan layanan kelas pertama bermula dengan jemputan di lapangan terbang menaiki Limosin Chrysler.

Anugerah yang diterima Awarta sebagai hotel butik terbaik dunia merupakan pengiktirafan yang sangat berprestij kerana berjaya menewaskan lebih 300 pencalonan lain dari lebih 80 negara.

Awarta bukan satu-satunya hotel di Bali yang mendapat penganugerahan antarabangsa tersebut.

Sebuah lagi hotel 5 bintang iaitu Hanging Gardens Of Bali, yang terletak dekat Ubud, dinobatkan sebagai hotel yang mempunyai “Pemandangan Paling Menakjubkan di Dunia” untuk kedua kalinya.

 

Anugerah Hotel Terbaik Dunia Kategori Lain :

Hotel Pantai atau Pesisir Terbaik Dunia = Emaho Sekawa, Fiji

Hotel Baru Terbaik Dunia = Te Koi Lodge, New Zealand

Hotel Paling Mampan Dunia = Wind dan Donkey Bay Inn, New Zealand

Hotel Paling Romantik Dunia = Rancho Pacifico, Uvita, Costa Rica

Hotel Bulan Madu Terbaik Dunia = Drake Bay Getaway Resort, Costa Rica

Hotel Keluarga Terbaik Dunia = Chitwa Chitwa Private Game Lodge, Afrika Selatan

Hotel Klasik Elegan Terbaik Dunia = Relais & Chateaux Hotel Heritage, Belgium

Sumber: CNN Travel

Destination: