Hotel Jepun Tawarkan Penginapan Semurah RM5 Satu Malam, Dengan Satu Syarat Yang Cukup Pelik

November 18, 2019 - 02:40 PM


Jika anda tak kisah syarat yang pelik hotel di Jepun ini, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk bermalam disini.

Sebuah hotel di bandar Fukuoka menawarkan penginapan semurah 130 yen atau sekitar RM4.95 untuk satu malam. Syaratnya cuma satu iaitu; pihak hotel akan merakam dan menyiarkan secara live-streaming anda.

Menurut seorang wartawan SoraNews24 yang mencuba pengalaman tersebut; bilik yang ditawarkan mungkin kelihatan agak outdated tetapi ia berada dalam keadaan yang selesa.

Menurut pemilik hotel, harga yang murah terpaksa ditawarkan kerana bilik di hotel berkenaan jarang ditempah dan untuk mengelakkan kerugian, mereka menawarkan harga yang sangat murah dengan syarat yang agak pelik iaitu mengizinkan pihak hotel membuat rakaman secara live-streaming.

Walaubagaimanapun, pihak hotel ada mengeluarkan amaran supaya tidak membuka pakaian didalam bilik dan kamera yang ada tidak merakam bunyi, hanya pergerakan.

Antara amaran yang terdapat di website

Tandas terletak di luar bilik dan ia berkonsepkan perkongsian, sama macam backpackers hostel.

Live streaming hotel berkenaan boleh ditengok di One Dollar Hotel, kalau korang nak tahu video apa yang distrimkan.

Nama hotel : 100 Yen Hotel

Alamat :  2-6-2 Kiyokawa, Chuo-ku, Fukuoka

Destination: