Hotel Kat Penang Ni Bukan Takat Ada Kolam Renang, 'Indoor Waterpark' Pun Ada!

September 09, 2020 - 04:21 PM


Kebanyakkan ibu bapa sekarang gemar membawa anak-anak pergi bercuti menginap di hotel kerana mereka suka bermain di kolam renang dan mudah untuk diawasi keselamatan oleh penjaga dengan lebih dekat.

Tapi mungkin ramai yang tak tahu kalau anda bercuti ke Pulau Pinang ada sebuah hotel di sana yang siap dilengkapi dengan taman tema air yang pastinya lebih membuatkan anak-anak berasa teruja dan lebih seronok daripada hanya berenang di kolam renang biasa.

Hotel yang dimaksudkan adalah GRAND ORIENT HOTEL PENANG!

Hotel ini terletak di Perai, berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang yang pertama dan cukup selesa serta sesuai untuk membawa anak-anak bercuti kerana dekat dengan highway dan tak sampai masuk ke pulau.

Taman tema air yang berkonsepkan ala Amazon ini dihiasi dengan kehijauan tumbuhan serta dilengkapi dengan gelongsor air (kecil & besar), wading pool, jakuzi, sungai aktif dan macam-macam lagi.

Memang anak-anak akan sakan berendam seharian dekat taman tema air ni sampai kecut tangan dorang pun takpe! Hehehe....

Selain anak-anak, ibu bapa juga boleh bersantai dan merehatkan badan di hotel ini sambil cuci mata dengan rekabentuk hotel yang cukup moden dan futuristik.

Malah, selepas anak-anak tidur kepenatan giliran ibu bapa jika nak memanjakan diri di sauna pun disediakan di hotel tersebut.

Harga sewa bilik di hotel ini pun murah dan berbaloi untuk anda sekeluarga iaitu bermula dari RM145 satu malam. 

Jom bawa anak-anak bercuti ke sini hujung minggu nanti!

Destination: