The Hut - Resort Bertemakan Tradisional Melayu Di Melaka

January 06, 2021 - 11:12 AM


Lokasi percutian yang mempunyai design tradisional Melayu sering mendapat perhatian dalam kalangan pembaca Rileklah. Jadi di sini Rileklah ingin berkongsi satu lokasi di Melaka yang mempunyai ciri-ciri tersebut iaitu di The Hut Melaka. Lokasi ini memang sangat cantik dan memberikan vibe kampung mewah kepada pengunjung yang bercuti di sini. 

Rumah-rumah di sini dibina menggunakan kayu yang telah dikitar semula dan juga menggunakan atap nipah tradisional bagi menambahkan lagi suasana kampung. Bukan tu je, tetamu yang duduk di sini sudah pastinya akan terpukau dengan pemandangan sawah padi di sekeliling resort ini dan mereka juga boleh melihat pemandangan jeti nelayan di Pantai Siring.

Anggap sahaja The Hut Melaka ni seperti kampung korang sendiri. Segala kemudahan yang diperlukan seperti mesin basuh, dapur yang lengkap, dan kemudahan asas lain ada di sini. Ini termasuklah TV, air panas, dan juga aircond. Senang cerita, walaupun luaran nampak tradisional kampung, tetapi dalamannya memang sangat moden dari segi kelengkapan dan design yang digunakan.

Seperti lokasi percutian lain, The Hut Melaka juga mempunyai kolam renang untuk kanak-kanak dan peralatan BBQ sekiranya korang nak buat aktiviti tersebut. Kalau malas nak masak, boleh pergi ke Medan Ikan Bakar yang terletak berhampiran dengan resort ni. Malah, The Hut Melaka hanya terletak 25 minit sahaja dari Bandar Melaka. 

Jadi kalau korang nak mencari lokasi bercuti pada hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan, bolehlah datang ke The Hut Melaka ni. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti cycling dan bermain board game. Untuk info lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka atau laman Facebook mereka di bawah. 

Alamat: M108, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia

Laman Web | Facebook

Destination: