Japamala Resort - Hidden Gem Di Pulau Tioman Yang Korang Patut Tahu

HOTEL
December 16, 2020 - 12:08 AM

Pada hujung minggu yang lalu, industri pelancongan Malaysia kembali bernyawa apabila rakyat dibenarkan untuk merentas negeri. Lokasi-lokasi pelancongan tersebut menerima kemasukan pelancong tempatan yang sangat ramai, ini termasuklah pantai-pantai percutian di Malaysia. Jadi kalau korang ada nak pergi ke Pulau Tioman, Rileklah suggest untuk duduk di Japamala Resort.

Japamala Resort terletak di bahagian selatan Pulau Tioman, Pahang. Resort tersebut dikelilingi oleh pokok-pokok dan pemandangan laut yang sangat cantik. Terdapat 15 jenis chalet, villa, dan sarang yang korang boleh pilih di resort ni. Namun yang menjadi tarikan adalah Rumah Penghulu. Kena dengan namanya, Rumah Penghulu merupakan villa dua tingkat di sini.

Di Rumah Penghulu, korang akan dapat backyard yang ada pemandangan hutan tau dan lokasi rumah tersebut sangat dekat dengan pantai. Dan di dalam rumah ini terdapat dua bilik tidur, jadi memang sangat sesuai la kalau korang bawa keluarga yang kecil ataupun bersama rakan-rakan seramai 4 orang. Jangan risau, kemudahan asas seperti aircond dan Wi-Fi juga ada di sini. 

Di tingkat bawah pula korang akan dapat swimming pool private yang khas untuk korang je tau. Dengan seni bina kayu Rumah Penghulu ni, korang pasti akan terpegun dengan suasana di sini. Sambil berendam dalam kolam, sambil menikmati deruan ombak yang berdekatan. Jadi kalau korang nak pergi ke Pulau Tioman, jangan lupa untuk pilih Japamala Resort sebagai lokasi penginapan korang!

Alamat: Kampung Lanting, 26800 Pulau Tioman, Pahang

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 
Artikel berkaitan