Jenama Hotel Butik Amerika, The Standard Buka Cawangan Baru Di Maldives

November 28, 2019 - 04:56 PM


Jenama hotel butik dari Amerika Syarikat, The Standard telah membuka cawangan terbaru mereka di Maldives dan ianya menjanjikan lokasi percutian idaman para traveller dengan konsep yang dibawakan oleh The Standart ini.

Apa yang kami boleh perkatakan, ianya tidak seperti resort lain yang ada di Maldives.

Terletak diantara Raa dan Baa Atolls, The Standard Huruvalhi ini mempunyai 115 buah villa yang merangkumi villa atas air dan juga villa pantai. Setiap satunya mempunyai kolam infiniti, dek peribadi dan akses terus kepada laguna, laut ataupun pantai.

Untuk kesini, pengunjung perlu menaiki penerbangan menggunakan sea-plane sekitar 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velana atau 20 minit menaiki penerbangan domestik dari Dharavandhoo atau pilihan ketiga, menaiki bot untuk terus ke resort.

Disebabkan ianya terletak di kawasan perlindungan , perairan serta persekitaran ini sangat bersih selain mempunyai air yang jernih. Resort ini juga mempunyai pusat nurseri terumbu karang tau.

Rate untuk satu malam, kami tengok bermula dari RM1,900 untuk satu malam. 

All Photo Credit : Website | The Standard

Destination: