Jom Bercuti di Villa Renai Resort! Lokasi Short Getaway Yang Indah Lagi Tenang!

February 15, 2022 - 04:48 PM


Bercuti antara perkara paling best lebih-lebih lagi kalau nak rehatkan diri dari bebanan kerja. Melihat keindhan dan mendekatkan diri dengan alam juga merupakan salah satu cara yang terbaik untuk segarkan diri dan juga minda

Jadi lokasi kali ini mampu memenuhi impian korang. Yang lagi best, tak jauh dari ibu kota! Lokasi penginapan kali ini adalah Villa Renai Resort yang terletak di Janda Baik!

Semua serba maklum, di Janda Baik memang terdapat pelbagai untuk penginapan yang dikelilingi dengan keindahan semulajadi. Suasana dia Villa Renai Resort lebih lagi pada waktu malam cukup nyaman dan dingin. Suasana belah pagi pula sungguh menyegarkan dan dikelilingi dengan kabus!

Terdapat pelabagai fasiliti antaranya dua buah kolam renang, satu dewasa dan satu kanak-kanak, tempat bbq dan lain lagi, villa ini sesuai menjadi pilihan bagi keluarga yang ingin mengadakan hari keluarga kerana kemudahannya agak lengkap.

Deruan air sungai yang mengalir betul-betul di hadapan café memberikan ketenangan but mereka yang menginap di sini.

Antara bilik yang ditawarkan adalah seperti berikut, maklumat lebih lanjut korang boleh checkout Facebook Villa Renai Resort

Destination: