Jom Bercuti Nogori, Banyak Hotel Popular Tawar Diskaun Bermula 50 Peratus!
Bermula esok, aktiviti rentas negeri dan pelancongan domestik akan dibenarkan berkuatkuasa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Bagi warga kota yang ada perancangan untuk membawa keluarga bercuti di lokasi yang dekat-dekat dahulu seperti di Negeri Sembilan ini ada satu berita baik untuk anda!
Hotel-hotel yang berdaftar di negeri itu bakal menawarkan potongan diskaun bermula dari 50 peratus dan ke atas.
Kesemua promosi tersebut boleh anda rujuk di laman sesawang nsholidaydestination.org.
Mengikut laman tersebut, terdapat 19 buah hotel yang membuat promosi harga bilik seperti :-
1) ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON
2) AVILLION ADMIRAL COVE
3) AVILLION PORT DICKSON
4) BAYU BEACH RESORT PORT DICKSON
5) D’WHARF HOTEL & SERVICED RESIDENCE PORT DICKSON
6) EAGLE RANCH RESORT PORT DICKSON
7) GLORY BEACH RESORT
8) GRAND LEXIS PORT DICKSON
9) GRANDPA HOTEL
10) KLANA RESORT SEREMBAN
11) LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON
12) MIRAGE HOTEL
13) PARADISE SPA HOTEL
14) PORT DICKSON GOLF & COUNTRY CLUB
15) ROYALE CHULAN SEREMBAN
16) TASIK VILLA INTERNATIONAL RESORT PORT DICKSON
17) THE GRAND BEACH RESORT PORT DICKSON
18) THE GUEST HOTEL & SPA
19) THISTLE PORT DICKSON RESORT
Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata tawaran menarik yang dibuat itu diharap mampu menjana semula pendapatan sektor pelancongan yang terjejas teruk susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa sejak 18 Mac lepas.
“Ini akan membolehkan industri perhotelan akan dapat bangkit semula dan berdaya saing, dengan sebahagian langkah untuk menyediakan tawaran diskaun paling menarik kepada pengunjung, semasa PKPP nanti,” katanya.
Negeri Sembilan juga bakal mengaktifkan semula produk-produk pelancongan domestik di negeri ini dengan beberapa pelan tindakan utama.
Antara yang menjadi tumpuan pastinya pantai peranginan Port Dickson, dengan produk pelancongan seperti hotel dan penginapan serta Muzium Angkatan Tentera, selain beberapa lokasi lain di Kuala Pilah, Seri Menanti dan Seremban.
Sumber: Bernama