Kasturi Cabin, Lokasi Nature Getaway Yang Menenangkan!

HOTEL
November 02, 2021 - 04:29 PM


Kembara alam pada hujung minggu mesti mampu membuka dan merehatkan minda anda! Since dah boleh rentas negeri, jom kita meriahkan kembali sektor pelancongan tempatan! Kebanyakan hotel atau resort mesti penuh ditempah, korang mesti sukakan tempat yang sedikit 'private' dan tak sesak kan? 

Bercuti di suatu lokasi yang sedikit private menjadi pilihan ramai ketika pandemik Covid-19. Tak perlu kita risaukan keselamatan diri dan keluarga dengan bersesak-sesak di satu kawasan yang padat. Jadi di Kasturi Kabin menjanjikan satu percutian yang sangat menenangkan ditemani alam semulajadi.

Kasturi Kabin adalah satu penginapan yang cukup mewah, terletak di bukit hijau dan terdapat beberapa villa yang mampu menjadikan staycation anda sempurna! Terdapat tiga jenis bilik atau penginapan yang ditawarkan termasuk Kasturi Cabin. Satu cabin ini mampu menampung 6 orang dengan cukup selesa.

Terdapat tiga bilik berhawa dingin, dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen, ruang makan indoor dan outdoor dan keperluan asas yang menjanjikan satu pengalaman penginapan yang cukup selesa

Antara fasiliti yang disediakan adalah ruang BBQ yang dibantu oleh staff jika anda berminat untuk ber-barbeque bersama keluarga bersebelahan satu kolam infinity! Korang bayangkan makan bersama keluarga di tepi kolam dikelilingi pokok menghijau memang best sangat! Selain itu, kabin ini terletak dekat dengan restoran dan juga kedai serbaneka, jadi tak perlu risau kalau korang lapar!

Alamat: Batu 17 3/4, Kampung Dusun Tua, 43100, Selangor

Contact: +6012-252 2235

Website: https://www.daunretreats.com/?20210921

 

Destination: