KEPYOK - Guest House Yang Best Dan Unik Di Selangor

May 20, 2021 - 05:03 PM


Korang boleh bayangkan tak suasana yang sangat tenang dan charming yang terletak tidak jauh dari pusat bandar? Bukan tu je, malah ia juga dikelilingi oleh flora dan fauna yang boleh menenangkan jiwa yang penat.

Kalau itu adalah ciri-ciri lokasi yang korang cari, korang boleh singgah ke KEPYOK yang terletak di Beranang, Selangor.

KEPYOK merupakan guest house yang sangat sesuai untuk didiami oleh keluarga besar atau untuk mereka yang datang beramai-ramai bersama rakan-rakan.

Terdapat dua bahagian di KEPYOK dan bahagian pertama dikenali sebagai Rumah Agong di mana ia mempunyai ruang tamu, ruang makan. dan juga dapur yang lengkap.

Manakala untuk ruangan kedua pula adalah kawasan Chalet dan terdapat 3 unit chalet di mana setiap daripadanya mempunyai 4 bilik tidur. Designnya pula menggunakan tema minimalistik.

Setiap bilik mempunyai bilik air tersendiri. Ada juga bathtub bersebelahan dengan kolam ikan, jadi kalau korang nak rileks sambil ditemani ikan-ikan cantik, bolehlah berendam di dallam bathtub ni. 

Antara aktiviti yang korang boleh buat di sini adalah BBQ, masak pizza menggunakan fire brick ovens, memancing, spa massage, dan juga mandi swimming pool. 

So korang tak perlu sewa kesemua sekali, cukup mengikut bilangan orang yang ada. Jadi kalau korang sedang mencari lokasi untuk buat family reunion pada masa akan datang, bolehlah menginap di KEPYOK ni.

Alamat: 1275 Kg, Beranang 43700 Malaysia

Airbnb

Destination: