Kunang-Kunang Heritage Villas - Jom Rasai Pengalaman Balik Kampung Pada Zaman Dulu-Dulu

October 28, 2020 - 04:43 AM


Korang ada plan nak bercuti ke Langkawi? Memang tak dinafikan Langkawi ni banyak resort dan hotel yang sangat unik dan mempunyai tarikan tersendiri. Tapi kalau korang inginkan lokasi cantik, tenang, klasik, dan unik korang boleh cuba pergi ke Kunang-Kunang Resort (atau dikenali sebagai Kunang-Kunang Heritage Villas).

Untuk pengetahuan korang, resort ini dimiliki oleh seorang designer yang terkenal di Malaysia iaitu Datuk Radzuan Radziwill. Terletak di kawasan Pantai Cenang, Kunang-Kunang Resort mempunyai 20 buah villa yang menggunakan tema rumah Melayu tradisional. Setiap seni bina yang ada memang sangat cantik seolah-olah berada di dalam filem. Perabot juga diperbuat daripada kayu mahal dan memberi feeling tradisional mewah kepada pelancong yang datang.

Dalam 20 buah villa yang ada, setiap satu daripadanya mempunyai design yang tersendiri dan diberi nama yang berbeza seperti Mahsuri, Manong, dan Tun Perak. Korang boleh memuatkan sehingga 6 orang di dalam satu villa bergantung kepada jenis villa yang dipilih. Tapi kalau nak tambah lagi ramai orang, korang boleh bayar dan request tilam lebih, tak ada masalah.

Selain daripada tu, salah satu tarikan unik di Kunang-Kunang resort ni adalah tub kayu di bilik air luar. Salah satu villa yang ada, Villa Bekor mempunyai bilik air luar dan tub kayu untuk korang mandi dan berendam. Memang korang akan dapat pengalaman macam mana orang zaman dulu mandi dan pergi ke tandas, seronok betul!

Villa ini juga mempunyai kolam air masin yang agak cantik dan juga spa untuk korang yang ingin merehatkan diri dan minda ketika bercuti. Jadi kalau korang ada plan nak datang ke Langkawi dan rindukan suasana zaman dulu-dulu, memang tak ada tempat lain yang lagi perfect dari sini. Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka dan media sosial di bawah:

Website | Facebook | Instagram

Destination: