Kunang-Kunang Heritage Villas - Villa Melayu Terakhir

HOTEL
March 17, 2021 - 05:12 PM


Aku sendiri adalah peminat seni-seni melayu, dan kehidupan kampung, so bila aku dapat tahu tentang tempat ini, memang aku masukkan dalam bucket list. Kunang-kunang Heritage Villas yang terletak dekat dengan Pantai Chenang, Langkawi, jadi memang sesuai untuk korang jadikan tempat check in kalau nak ke Langkawi sebab lokasinya yang memang berdekatan dengan kawasan dalam Langkawi yang pesat. 

Kunang-kunang Heritage Villas ini terletak hanya 5 minit dari restoran-restoran, dan pantai. Tapi, bila korang masuk je ke dalam kawasan Kunang-kunang ini, korang akan rasa macam berada jauh dari kawasan yang sibuk, seakan-akan korang berada berjuta batu di dalam hutan. 

Keseluruhan kawasan ini memang aman, seriously rasa macam sebuah kampung yang sangat aman, dan dipenuhi dengan kehijauan. Setiap villa di sini dilengkapi dengan wifi, ubat nyamuk (penting), bilik air yang sangat menarik, dan katil yang siap ada kelambu di dalam villa yang sangat 'melayu'. 

Paling amazed dengan kolam renang dorang yang dikelilingi dengan kolam yang ada banyak teratai yang terapung. Bila korang mandi dalam kolam dekat sini, rasa macam puteri-puteri, macam perempuan melayu terakhir, hehe. 

Restoran di dalam Kunang-kunang turut menyediakan makanan yang sangat sedap, ramai orang cakap korang kena cuba dorang punya rendang. Sedap sangat katanya. 

Bagi korang yang memang nak feeling-feeling wanita melayu terakhir, dan nak rasa duduk di dalam rumah kayu di dalam kampung, korang kena cuba check in dekat Kunang-kunang Heritage Villas. 

Destination: 
Artikel berkaitan