The Land Bentong - Lokasi Staycation Di Tengah-Tengah Ladang Yang Sangat Unik

March 23, 2021 - 01:52 PM


Pahang merupakan salah satu lokasi yang terbaik untuk staycation dan pergi ke lokasi nature retreat. Salah satu lokasi tersebut adalah The Land Bentong yang terletak di Bentong, Pahang. Lokasi staycation ini terletak di atas ladang seluas 5 ekar dan hanya 1 jam sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Jadi kalau korang plan nak pergi ke Pahang pada masa akan datang, boleh usha tempat ni.

Terdapat 3 pondok yang korang boleh pilih dan mempunyai 2 bilik air bersambung yang dilengkapi dengan air panas.

Bukan tu je, setiap 3 pondok tersebut mempunyai aircond dan segala kemudahan asas yang lain seperti tuala dan peralatan mandi. Dengan design rustic dan pemandangan tasik di sini, korang pasti akan enjoy sepanjang tempoh penginapan di The Land Bentong.

Untuk aktiviti pula, korang boleh berjinak-jinak dengan haiwan di ladang tersebut. Selain itu, terdapat beberapa pokok buah tropikal yang korang boleh makan, ada board games, korang juga boleh masak steamboat dan BBQ di sini. Tapi bahan masakan, arang, dan gas tin perlu bawa sendiri ya. Kalau nak explore Bentong, korang boleh pergi ke air terjun yang berdekatan. 

Jadi lokasi ini memang sangat sesuai untuk buat family gathering besar-besaran atau sekadar percutian staycation bersama rakan-rakan dan pasangan tercinta. 

So kalau korang nak pergi ke Pahang pada masa akan datang dan mencari lokasi yang cantik, tenang, ada haiwan, boleh buat pelbagai aktiviti, The Land Bentong merupakan pilihan perfect untuk korang semua. Have fun!

Alamat: 4637, Kampung Asap, 28600 Bentong, Pahang

Destination: