Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Tawar Penginapan Hotel Kapsul & 'Sleeping Pod'

March 03, 2020 - 01:10 PM


Meskipun semalam Indonesia telah mengumumkan bahawa 2 rakyatnya disahkan positif COVID-19 serta menjadikannya kes pertama di negara keempat paling padat penduduknya di dunia itu, namun ini ada satu khabar menarik mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Bagi penumpang yang mungkin tertinggal pesawat atau menunggu transit yang lama, anda kini boleh menginap di hotel kapsul dengan rekaan futuristik yang diberi nama Digital Airport Hotel di Terminal 2 lapangan terbang berkenaan.

Hotel yang mula dibuka pada 27 Februari lalu itu mempunyai 136 bilik dan 5 sleeping pod untuk pelancong yang memerlukan penginapan segera atau inginkan pengalaman 'rare' bermalam ala-ala di angkasa lepas.

Setiap bilik di hotel kapsul itu dilengkapi dengan peralatan multimedia, charging ports, lampu baca, penghawa dingin, juga terdapat shower dan tempat penyimpanan pakaian disediakan.

Kadar harga untuk sebuah bilik berlainan mengikut tempoh jam sewaan iaitu :

- Rp 280.000 (RM83) untuk 6 jam

- Rp 305.000 (RM90) untuk 9 jam

- Rp 350.000 (RM103) untuk full day

Selain bilik, penumpang lapangan terbang juga mempunyai pilihan lain untuk berehat dalam tempoh yang singkat iaitu dengan menyewa sleeping pod di Terminal 2 -- fasiliti pertama seumpamanya di airport seluruh Indonesia.

Bagaimanapun, penyewaan untuk sleeping pod masih belum dibuka untuk orang ramai.

Untuk rekod, Digital Airport Hotel ini bukan satu-satunya atau pertama kali dibuka di lapangan terbang berkenaan kerana sebelum ini pada Ogos 2018, hotel kapsul serupa telah beroperasi di Terminal 3 airport yang sama.

 

 

 

Destination: