Le'Manah Retreat - Tak Perlu Pergi Eropah, Di Pahang Pun Ada Resort Cantik!

January 14, 2021 - 07:55 PM


Dah hampir setahun kita tidak boleh travel ke luar negara, sudah pasti ada di antara korang yang rindu nak travel ke negara lain. Antara lokasi yang menjadi pilihan kaki travel adalah negara Eropah. Tapi korang tak perlu risau, korang boleh dapatkan 'vibe' perkampungan di sana. Datang je ke Le'Manah Retreat yang terletak di Pahang.

Ianya merupakan sebuah penginapan banglo yang mempunyai banyak bilik kecil dan sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga kecil atau besar. Terdapat 4 jenis banglo yang korang boleh pilih di sini iaitu:

  • Tudor Dorm Lily - Maksimum 6 orang
  • Tudor Dorm Daisy - Maksimum 10 orang
  • Tudor Bungalow Zone - Maksimum 25 orang
  • Tudor Pond Zone - Maksimum 32 orang

Kalau korang pilih Bungalow Zone, korang akan dapat pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang, ruang halaman yang besar, kawasan lapang untuk BBQ dan bersantai. Manakala untuk Pond Zone pula korang akan dapat akses kepada kolam memancing dan kolam renang. Beza kolam renang di kawasan ini adalah ianya menggunakan air dari bukit tau!

Bagaimana pula dengan Dorm Lily dan Daisy? Penginap di kawasan tersebut boleh menggunakan fasiliti yang sedia ada di Common Ground. Ini termasuklah kolam renang, gelanggang tenis / badminton, taman, dan korang juga boleh pergi ke kawasan sungai melalui Common Ground ni. Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman media sosial mereka di bawah.

Alamat: Lorong Belia 1, Kg Chemperoh, Janda Baik, 28750, Pahang

Facebook | Instagram

 

Destination: