Lembah Temir Resort - Hidden Gem Di Pahang Yang Korang Wajib Pergi

November 10, 2020 - 02:12 PM


Korang sedang mencari lokasi retreat untuk hujung minggu korang? Lokasi yang menenangkan minda dan jiwa yang kacau dengan keadaan negara kita sekarang? Jangan risau, di Pahang ada satu lokasi yang memang kena dengan kriteria di atas. Dan lokasi tersebut adalah Lembah Temir Resort yang terletak di Raub Pahang. Lembah Temir Resort terletak berdekatan air sungai, air terjun, dan dusun buah. Best kan?

Hanya 2 jam perjalanan dari bandar Kuala Lumpur, korang akan tiba di resort yang tersorok dengan keindahan semulajadi di atas tanah yang berkeluasan 75 ekar ni. Dikelilingi dengan keindahan semula jadi, korang boleh pilih untuk mandi sungai, air terjun, atau makan buah di dusun seperti durian, rambutan, manggis, dan banyak lagi la. 

Resort ini mempunyai beberapa chalet di sekitar kawasan dusun ini. Dan setiap bilik boleh memuatkan 2 hingga 4 orang (maksimum). Setiap bilik juga mempunyai kemudahan moden seperti aircond dan juga air panas. Selain ciri-ciri semula jadi resort ini, ia juga mempunyai fasiliti lain seperti padang futsal, dewan kecil, kolam ikan koi, dan kolam untuk korang berenang bersama ikan. 

Setiap penginapan di Lembah Temir Resort datang dengan makanan sarapan pagi, tengahari, makan malam, dan tea time. Makanan di sini disediakan secara buffet tau, jadi kalau korang peminat buffet memang heaven la untuk korang. Korang juga boleh pergi bersiar-siar dan pusing dusun ini menggunakan kenderaan four-wheel bersama guide yang ada.

Senang cerita, Lembah Temir Resort ni merupakan lokasi hidden gem yang ramai perlu datang. Bukan sahaja lokasi sekitarnya yang sangat cantik, malah terdapat juga dusun buah untuk korang makan di sini. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang bolehlah pergi ke laman web utama mereka atau ke laman media sosial mereka di bawah, have fun!

Alamat: C149, 27630 Sungai Ruan, Pahang 27630 Raub, Malaysia

Laman Web | Facebook | Instagram

 

Destination: