The Log Cabin - Hidden Gem Terbaik Di Melaka 2021 Yang Korang Wajib Pergi

April 02, 2021 - 07:18 AM


Di Malaysia memang ada banyak lokasi-lokasi staycation dan nature retreat yang menarik tetapi jarang kan nak jumpa log cabin di sini? Log cabin memang sangat terkenal di negara luar seperti Amerika Syarikat, tetapi korang tak perlu bimbang. Dalam Malaysia pun boleh rasai pengalaman duduk di tempat sebegitu di The Log Cabin Ayer Keroh.

Seperti yang korang boleh lihat di dalam gambar, cabin ini tersangatlah cosy dan memberikan suasana yang nyaman dan tenang. Membuatkan korang rasa nak bermalas-malasan je bila duduk di sini. Cabin ini boleh memuatkan sehingga 9 orang maksimum dan terdapat 3 bilik tidur. 1 di tingkat bawah dan 2 di tingkat atas. WiFi percuma juga turut disediakan.

Apa yang menariknya di sini adalah pelbagai kemudahan dan akses aktiviti yang korang boleh lakukan. Dalam kabin ni korang akan dapat permainan arcade, pool table, dan juga karaoke. Tidak dilupakan juga aktiviti wajib BBQ turut disediakan di tempat ini. Swimming pool pun ada tau, so memang lengkap semua. Tak perlu keluar pergi mana-mana dah.

Ada juga scooter untuk korang naik pusing-pusing di kawasan cabin ini. Tapi kalau nak berjalan di luar pun boleh sebab dekat dengan Bandar Melaka. Air terjun pun ada berdekatan sini, bolehlah pergi piknik. So apa macam? Memang sangat menarik kan lokasi ini? Bukan selalu nak jumpa tempat yang memang lengkap dan penuh dengan aktiviti. Have fun!

Alamat: Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off, Jalan Plaza Tol, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Laman Web I Airbnb

Destination: