Mövenpick - Hotel 5 Bintang Muslim-Friendly Nombor 1 Di Dalam Malaysia

December 15, 2020 - 04:52 PM


Short getaway seringkali dikaitkan dengan lokasi-lokasi terpencil di dalam hutan dan jauh dari kesibukan bandar. Tapi korang tahu tak yang korang tak perlu pergi jauh-jauh pun sebenarnya, di dalam Kuala Lumpur pun ada satu lokasi yang best tau. Korang boleh cuba Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA. Ianya hotel mewah yang sangat sesuai untuk korang merehatkan diri.

Seperti namanya, hotel ini terletak bersebelahan dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Yang paling best, hotel ni memang Muslim-friendly, siap menang anugerah platinum Muslim-Friendly Accomodation Recognition Initiative oleh Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya pada September yang lalu. Semua barangan dan equipment dalam hotel ni memang patuh syariah.

Dari segi design pula, Mövenpick memang mengambil inspirasi dari seni bina masjid dan luarannya memang sangat cantik. Dikelilingi oleh kehijauan pokok, hotel ini juga mendapat nama sebagai 'green landmark' di sini. Terdapat 333 buah bilik yang boleh dipilih oleh pengunjung dan semua bilik di sini dilengkapi dengan arah kiblat, tafsir Al-Quran, dan tempat berwudhuk.

Dari segi fasiliti pula, korang boleh menikmati hari korang dengan spa treatment yang ada di sana. Hotel Mövenpick juga mempunyai swimming pool untuk keluarga korang. Malah ada swimming pool berasingan yang khas untuk wanita sahaja tau. Selain daripada itu, gym juga turut disediakan di sini, dan berasingan antara lelaki dan wanita.

Restorannya pula memang tak perlu risau tentang masakan mereka, semuanya halal. Nak makan buffet boleh pergi ke Temasya atau roti-roti di Sira. Harganya pula agak murah dan berpatutan dengan servis dan kualiti makanan yang disediakan. Jadi kalau korang nak staycation di lokasi mewah dan Muslim-friendly, korang boleh pergi ke Mövenpick Hotel KLIA.

Alamat: Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Jalan Masjid KLIA, 64000 Sepang, Malaysia

Laman Web | Facebook Instagram

Destination: