Macalister Mansion - Hotel Butik Mewah Yang Buatkan Korang Rasa Seperti Bangsawan

HOTEL
February 08, 2021 - 11:53 AM


Biasanya kalau pergi travel untuk weekend getaway, ramai di kalangan kita suka cari lokasi yang dekat dengan alam semulajadi. Tapi korang pernah tak teringin nak duduk di lokasi yang mewah dan megah? Kalau korang nak, boleh je pergi ke Macalister Mansion yang terletak di George Town Penang ni. So boleh plan awal-awal untuk bila korang dah boleh travel nanti.

Seperti yang boleh dilihat melalui gambar di atas, design yang digunakan oleh hotel butik ini mengambil inspirasi dari sejarah negeri Penang pada zaman kolonial dahulu. Bila masuk ke dalam hotel tersebut korang akan kagum dengan gabungan design kontemporari dan yang paling best, bilik di hotel ini agak besar tau untuk korang duduk.

Macalister Mansion mempunyai 8 bilik dan setiap satu daripadanya mempunyai tema tersendiri. Keunikan tersebut dapat dilihat pada saiz ruang bilik tersebut, fasiliti, dan perabot. Korang boleh pilih bilik berdasarkan tujuan korang travel ni. Kalau nak masa bersendirian bersama yang tercinta, korang boleh je ambil bilik 6 atau bilik 4. Untuk bilangan tetamu yang ramai, ambil bilik 7.

Antara yang menarik mengenai hotel butik ini adalah lokasi unik yang berdekatan dengan tarikan lain seperti Gurney Plaza, Nasi Kandar Pelita, Penang 3D Art Museum, Transfer Road Roti Canai, Cheong Fatt Tze Mansion, dan Hameen Pata Mee Sotong. Dengan kata lain, memang sesuai menginap di sini kalau korang nak berjalan-jalan untuk shopping dan makan-makan.

Alamat: 228 Macalister Road, 10400 Penang, Malaysia

Laman Web | Facebook | Instagram 

Destination: 
Artikel berkaitan