Malihom - Resort Atas Bukit Yang Dibina Dari Bangsal Beras
Disebabkan sekarang ni kita dah boleh merentas negeri, ada tak diantara korang yang akan pergi travel ke Penang? Kalau ada, dan korang tak tahu nak duduk mana, apa kata pergi ke Malihom Retreat di Penang. Malihom dibina di atas tanah seluas 40 ekar di Balik Pulau. Kalau korang pencinta alam semula jadi, lokasi ni memang sangat sesuai untuk korang.
Pada asalnya, resort ini merupakan sebuah bangsal yang bertujuan untuk menyimpan beras tradisional Thai. Namun ianya telah diubahsuai menjadi penginapan yang sangat selesa dan unik. Kalau korang nak tahu, Malihom bermaksud Kampung Beras Wangi, memang kena nama tu dengan sejarah lama lokasi ini. Ia juga terletak di atas bukit jadi korang boleh tengok view pekan Balik Pulau dan Bayan Lepas.
Terdapat 8 jenis bangsal / chalet yang korang boleh pilih iaitu Aloun, Baanmai, Dhamma, Jhana, Khanun, Sankhara, Sanook, dan Sripatun. Walaupun chalet ini kelihatan agak besar dari luar, namun ianya sangat sesuai untuk pasangan yang mempunyai 1 orang anak. Malah kemudahan asas seperti TV dan internet juga turut disediakan di sini.
Di antara chalet tersebut, ada yang menggunakan konsep open air bathroom (bilik air terbuka) di mana terdapat sebuah bathtub dan langsir. Korang boleh berendam di dalam bathtub tersebut sambil menikmati pemandangan bukit yang sangat cantik di sini. Ada juga kolam renang dan pusat urut terapi untuk korang rehatkan diri lari dari kesibukan bandar.
Makanan juga turut disediakan bila korang menginap di sini dan selalunya mereka akan menyediakan makanan western. Tapi korang boleh request untuk makanan thai kalau korang nak. Jadi untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka di bawah dan media sosial mereka. Have fun!