Mantin Forest Art Farmstay, Short Getaway Sempurna Untuk Keluarga

December 02, 2021 - 03:55 PM


Anda sedang merancang satu percutian keluarga? Tak tahu hotel atau homestay mana yang mampu memberikan pengalaman percutian yang sempurna? Jom kita tengok salah satu lokasi penginapan menarik di Negeri Sembilan.

Mantin Forest Art Resort amat sesuai bagi satu percutian keluarga. Persekitaran yang di litupi dengan hutan, bukit bukau dan juga sungai pastinya mampu membuat anda lupa dengan segala tekanan bekerja. Jadi inilah masanya untuk merehatkan minda bersama keluarga tersayang. Resort ini di dekorasi khas bercirikan Chinese tradisional dan barat. 

Di sini juga anda boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik! Antaranya berbasikal, berkayak, memancing dan bermacam lagi. Tapi yang paling menarik di sini terdapat satu animal safari! Banyak haiwan dan burung yang comel comel. Selain itu, korang boleh menunggang kuda jugak tau!

Terdapat dua jenis bilik iaitu Chalet Room dan Timber Room. Kalau korang datang dalam jumlah yang besar, lebih baik book Timber Room. Satu peringatan, mereka tidak terima walk-in okay! Tempah dulu baru datang!

  • Alamat: Lot 1813, Kampung Mantin Dalam, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Mantin Forest Art Farmstay, Setul, Malaysia
  • No Telefon:013-361 6633
  • Email: [email protected]
  • Website: mantinfarmstay.com

 

Destination: