Masbro Hidden Village – Rasai Pengalaman Camping Dalam ‘Kampung’ Di Perak

March 28, 2021 - 02:19 AM


Jika korang merupakan pencinta nature, Masbro Hidden Village di Lenggong Perak ini sememangnya merupakan tempat yang wajib korang kunjungi. Pemandangan semula jadi yang sejuk mata memandang dengan bentuk muka bumi yang berbukit, bunyi deruan air mengalir serta bunyi natural haiwan-haiwan dijamin akan memberikan anda satu pengalaman bercuti yang luar biasa di Masbro Hidden Village ini!

Kawasan yang dibina mirip sebuah kampung ini turut dilengkapi dengan kolam mandi, surau, tandas beserta bilik mandi, serta kawasan parkir yang mencukupi buat semua pelawat mereka.

Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti jungle treking, berbasikal gunung dan juga menikmati air terjun di dalam kawasan resort ini.

Terdapat dua pilihan tempat tinggal sekiranya korang ingin bermalam di sini iaitu tinggal di chalet kayu atau di dalam khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Walau bagaimanapun, kelengkapan tidur seperti bantal, selimut serta toiletries perlulah disediakan sendiri kerana pihak resort tidak akan menyediakannya.

Usah risau akan perut anda sewaktu berada di sini kerana Embun Café sedia menyediakan anda makanan dan dibuka setiap hari.

Meskipun mempunyai café, korang juga boleh memasak di luar chalet korang dengan alatan memasak dibawa sendiri dari rumah. Terdapat juga beberapa BBQ spot yang disediakan di sekitar resort sekiranya anda ingin membakar BBQ. Have fun!

Alamat: TM Ladang Teh, 33400 Lenggong, Perak

Facebook | Instagram

 

Destination: