Melaka Ada Villa Mewah Ala Bali! Sesuai Untuk Percutian Keluarga!

April 18, 2022 - 03:26 PM


Tak lama lagi kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri kan! Mesti ramai yang tak sabar nak beraya bersama keluarga tersayang. Mana tidaknya dah dua tahun kita tak dapat beraya di kampung akibat PKP. Cuti raya ni mesti kebanyakan kita cuti seminggu kan? Apa kata kita bawak family kita bercuti!

Kembali Luxury Villa Melaka ni memang ngam sangat! Lokasinya pun cukup strategik kerana berada dekat dengan pelbagai tarikan di Melaka. Korang boleh tengok sendiri bertapa cantiknya villa yang bertemakan ala Bali ni. Selain dari itu, Kembali Luxury Villa menyediakan 5 bilik. Lengkap dengan teres dan juga balkoni. Memang ngam la untuk korang bersantai dan berehat.

Yang paling menjadi tarikan untuk anak-anak nanti sudah semestinya kolam renang! Korang boleh mandi puas puas dalam kolam renang persendirian ni. Selain dari itu, villa ini dilengkapi dengan penghawa dingin, flat screen tv, dapur dan juga minibar.

Harga: Bermula dari RM3399 sehingga RM3799

Alamat: 7603, Jalan Taman Mawar, Klebang Besar 75200 Melaka 75200 Klebang Besar, Malacca, Malaysia

Untuk tempahan dan maklumat lanjut anda boleh terus ke page Facebook Kembali Luxury Villa Melaka

 

Destination: