My Mom Houz - Homestay Style American Beserta Private Pool Di Melaka

March 11, 2021 - 10:15 AM


Kalau korang nak berjalan-jalan ke Melaka, sudah tentu korang nak cari lokasi penginapan yang best dan selesa betul tak? Untuk pengetahuan korang, ada satu homestay di Melaka yang sangat cantik, luas, dan mempunyai private pool tersendiri. Sangat sesuai untuk korang yang ingin pergi bersama keluarga atau rakan-rakan dalam berkumpulan. 

Lokasi yang dimaksudkan adalah My Mom Houz.

My Mom Houz terletak di Jasin Melaka dan design yang digunakan untuk homestay ini bertemakan American colonial. Memang sangat cantik dan selalunya penuh di book pada hujung minggu. Walaupun harganya agak mahal pada RM1000, tetapi rumah ini boleh memuatkan sehingga 20 orang (tidak termasuk anak kecil). Jadi kalau korang sharing, boleh dapat dalam RM50 seorang tau!

Rumah homestay 2 tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air penuh (beserta 1 bilik air kecil). Tak perlu risau tak cukup tempat tidur kerana My Mom Houz juga menyediakan 8 tilam ekstra bagi memastikan korang tidur dengan selesa di sini. Setiap bilik juga mempunyai aircond dan dapur di sini juga memang sangat lengkap termasuklah BBQ pit. 

Terdapat juga gelanggang basketball untuk korang melakukan aktiviti sepanjang tempoh penginapan di sini. Yang paling best korang boleh mandi kolam tanpa perlu risau bercampur dengan orang luar. Memang khas untuk penduduk My Mom Houz sahaja. Jadi kalau korang nak berjalan-jalan dalam kumpulan besar, My Mom Houz memang sangat murah dan affordable.

Oh ya, hanya mereka yang beragama Islam sahaja boleh menginap di sini. Jadi tak perlu risau tentang perkakas dapur.

Alamat: Bt. 21, Kesang Luar 77000 Jasin, Melaka

Harga: Bermula dari RM1,000

Facebook | Instagram

 

Destination: