Nak Bercuti Atas 'Tree House' Tepi Pantai Sambil Enjoy Matahari Terbit, Korang Kena Ke Pekan, Pahang!

September 07, 2020 - 11:34 AM


Pernah tak korang terfikir untuk menginap di atas rumah pokok atau 'Tree House' di tepi pantai dan bila bangun tidur je buka tingkap terus dapat menikmati pemandangan indah matahari terbit yang cukup menakjubkan?

Seronok, kan kalau dapat pengalaman bercuti macam tu dekat negara kita sendiri...

Jika korang nak rasa percutian 'rare' tidur di atas pokok seperti itu, korang jangan lupa untuk berkunjung ke KEKUNANG TERING CHALET PEKAN, PAHANG!

Terletak di perkampungan nelayan Nenasi, antara bandar Pekan dan Rompin, Kekunang Tering antara chalet yang paling unik kerana kedudukannya yang berada di tepi pantai dengan reka bentuk bilik rastic.

Lebih menarik adalah Tree House di chalet ini memiliki kelebihan yang jarang didapati di tempat lain kerana kedudukannya yang tepat pada aras matahari terbit memberikan peluang keemasan kepada tetamu yang menginap untuk menyaksikan sendiri keindahan matahari terbit pada waktu pagi.

Percayalah berada di sini pasti membuatkan korang rasa tenang dan damai seolah-olah berada di sebuah pulau dan 'syurga dunia'!

Selain boleh fefeeling ala-ala seorang 'Tarzan', tidur di atas pokok -- antara aktiviti lain yang korang boleh lakukan jika bercuti ke Kekunang Tering ini adalah :-

- Mandi laut

- Menikmati pemandangan matahari terbit 

- Star sight (milkyway)

- Memancing

- Melawat jeti nelayan (beli seafood)

- BBQ

Harga penginapan di Tree House ini adalah RM175 untuk satu malam dan boleh memuatkan seramai 2 orang.

Tetapi bagi korang yang mungkin sejenis 'Acrophobia' atau seseorang yang takut dengan tempat tinggi -- Kekundang Tering Chalet juga sebenarnya menawarkan 2 lagi jenis penginapan yang tak kurang hebatnya iaitu Tube Cabin (RM129/semalam) dan juga Family Suite atau 'The Loft' (RM249/semalam).

Kemudahan yang disediakan pula merangkumi :-

- 24hrs caretaker (penyelia chalet)

- dapur luar

- bbq pit

- kanoe (sewa)

- pondok luar

Lagi best jika korang memilih untuk bercuti ke chalet ini bersama keluarga dan kawan-kawan, korang juga boleh pusing-pusing bandar Pekan dengan melawat beberapa destinasi tarikan pelancongannya yang popular seperti :-

1) Muzium Sultan Abu Bakar

2) Pusat Tenunan Sutera Pahang

3) Istana Abu Bakar

4) Murtabak Mengkasar (murtabak raja)

5) Puding Raja

6) Taman Negara Endau-Rompin

7) Udang Galah Leban Chondong

8) One's Seafood Rompin

Kalau korang ingin membuat tempahan penginapan atau mengetahui lebih lanjut tentang chalet ini, boleh menghubungi nombor telefon 012-357 6006 atau ke Facebook mereka iaitu Kekunang Tering Chalet.

Sumber & Kredit Gambar: Kekunang Tering Chalet

Destination: