Nak Memancing Sambil Bercuti? Boleh Je, Jom Pergi Ke Hulu Langat Fishing Resort

October 08, 2020 - 04:18 PM


Lain orang, lain minatnya. Ada yang suka bercuti untuk pergi hiking, ada yang bercuti untuk mandi pantai, dan ada juga yang bercuti untuk pergi jungle trekking. Tapi untuk korang yang minat memancing, jangan risau. Kerana Hulu Langat Fishing Resort adalah sebuah lokasi percutian yang dibina khas untuk kaki pancing.

Seperti mana yang korang tahu, Hulu Langat ni kira kawasan feveret untuk kaki pancing di Selangor. Di Hulu Langat Fishing Resort, terdapat kolam yang besar di tengah-tengah resort tersebut. Malah resort itu dibina betul-betul di tepi kolam tersebut, memang seronok la kaki pancing datang sini. Bangun pagi, memancing. Sebelum tidur, memancing. Seharian la memancing.

Jadi korang boleh bawa keluarga korang datang ke sini, dan memancing bersama-sama. Ini kerana ada guide yang akan bantu korang jika korang baru nak belajar memancing. Jadi tiada masalah kalau orang yang tak pernah memancing datang sini. Harga bilik yang betul-betul menghadap ke kolam tersebut memang murah pada RM240 untuk satu malam.

Setiap penginapan ada bilik air tersendiri. Dan kalau korang perasan, indoor dia macam simple. Tapi benda tu tak penting pun, apa yang penting korang boleh buka pintu dan terus memancing dari pagi sampai malam. Tak nak tidur pun boleh.

Oh ya, di sini bila korang berjaya tangkap ikan, kena lepaskan balik okay? Boleh la ambil masa sedikit untuk bergambar, kemudian masukkan ikan tu semula ke dalam kolam tersebut. Ini kerana Hulu Langat Fishing Resort ingin mengekalkan ekosistem dan aktiviti ikan di dalam kolam tersebut. Yang paling best, korang boleh jumpa otai-otai yang dah penuh dengan ilmu di dada untuk ajar korang. Bergaul la sambil-sambil memancing tu.

Kalau korang tiada alatan memancing atau terlupa nak bawa, resort ini menyediakan khidmat sewa untuk joran, umpan, dan kail. Tapi kalau boleh korang call dulu sebelum pergi ke sana supaya pihak resort boleh menyediakan peralatan yang secukupnya untuk korang.

 

Tak semestinya kena pandai memancing, orang baru boleh datang sini, orang berpengalaman pun boleh. Pastinya pengalaman korang duduk di Hulu Langat Fishing Resort ni tak akan dilupakan. Kalau nak tahu info lebih lanjut, boleh lihat di media sosial mereka di bawah:

 

Facebook ǀ Instagram

Destination: