Nak Penginapan Yang 'Rare' Di Cameron Highlands, Anda Kena Cuba Stay Di A'Moss Farmstay Ini!
Cameron Highlands sememangnya salah satu destinasi percutian yang selalu menjadi pilihan pengunjung tempatan dan antarabangsa bagi merasai suasana kedinginan tanah tinggi di negara kita.
Tetapi jika anda inginkan penginapan yang agak berlainan daripada kebiasaan seperti hotel, apartment atau homestay --- mungkin anda boleh memilih A'MOSS FARMSTAY di Brinchang yang menawarkan penginapan menarik berkonsepkan seakan khemah berbentuk "dome"!
Dari kejauhan, A'moss Farmstay ini kelihatan seperti binaan Iglu di Kutub Utara, lagi-lagi dengan kesejukan Cameron Highlands yang kadang-kala boleh menusuk hingga ke tulang.
Penginapan unik ini sebenarnya terletak berdekatan dengan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas.
Setakat ini, difahamkan hanya terdapat 3 buah dome sahaja untuk disewakan kepada para pengunjung. Oleh itu, tempahan secara walk-in adalah tidak dibenarkan.
Penginapan di sini turut dilengkapi dengan sebuah bilik mandi peribadi serba lengkap dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.
Paling best, anda dan rakan-rakan boleh bersantai sambil menghirup kopi panas di teres dan taman di sini dengan ditemani kehijauan alam semulajadi yang indah.
Sebelum itu diingatkan kepada yang berminat untuk menempah penginapan di sini bahawa akses jalan ke A'moss Farmstay agak sempit pada jarak 300 meter terakhir dan anda disarankan tidak membawa kenderaan yang terlalu besar.
Harus diingatkan juga, disebabkan penginapan ini terletak di tengah-tengah ladang atau kawasan pertanian jadi persekitaran yang ada di situ juga benar-benar sunyi dan mendamaikan, tidak seperti jika anda menginap di hotel.
Sekiranya anda berminat untuk menempah penginapan di A'moss Farmstay tersebut, anda boleh menghubungi talian ini 019-555 0356 atau layari sahaja Facebook A'moss Farmstay
A'MOSS FARMSTAY
Alamat: A'Moss Road, Kampung Gerak Sepadu, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.
No Tel: 019-555 0356
Harga Satu Malam: Sekitar RM200
Kredit Foto: Hafiz Muhimin