Nak Rasa Pengalaman Unik Bercuti Dalam Karavan Sebelah Sungai, Moh Ke 'Natasya Riverside Caravan Park'!

November 17, 2020 - 03:08 PM


Disebabkan terlalu lama berkurung di dalam rumah akibat penularan wabak COVID-19, ramai yang mengimpikan sebuah percutian di tengah-tengah alam semulajadi selepas keadaan pandemik ini semakin reda nanti.

Jika anda mengidamkan percutian "Back To Nature" dan ingin merasai pengalaman unik dengan bermalam di dalam kenderaan jenis karavan seperti yang biasa dilakukan oleh pelancong di negara Eropah -- anda boleh cuba bercuti di NATASYA RIVERSIDE CARAVAN PARK yang terletak Gopeng, Perak!

Di sini selain dikelilingi hutan tropika, sungai yang bersih di belakang resort dan persekitaran kebun, karavan yang disediakan juga lengkap dengan tempat tidur, dapur, tempat makan dan tandas yang selesa untuk kegunaan para tetamu.

Selain dapat bersantai di ruang dalam dan luar karavan, pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang percutian anda di sini seperti memancing, outdoor sports, mandi sungai, berkelah dan juga BBQ.

Menariknya walaupun highlight penginapan utama di sini adalah karavan, namun Natasya Riverside Caravan Park ini juga turut menawarkan jenis penginapan lain untuk pilihan tetamu seperti Chalet dan Pondok.

Maksimum kapasiti resort ini boleh memuatkan antara 60-70 orang dalam satu-satu masa dan sangat sesuai sekiranya anda ingin membuat percutian bersama keluarga besar dan kawan-kawan berkumpul untuk meluangkan masa bersama sambil ditemani alam semulajadi yang mendamaikan.

Berikut harga sewa untuk semalam di resort ini mengikut jenis penginapan yang anda pilih :-

- KARAVAN (RM280/semalam)

- CHALET DELUXE (RM180/semalam) (2 Queen Bed + Toilet + Kipas + LCD TV + Amenities)

- CHALET SUPERIOR (RM150/semalam) (3 Single Bed + Toilet + Kipas + LCD TV + Amenities)

- PONDOK (RM50/semalam)

Jadi,tunggu apa lagi cepat-cepat bincang dengan yang tersayang untuk membuat tempahan bercuti ke sini selepas rentas negeri dibenarkan nanti.

NATASYA RIVERSIDE CARAVAN PARK

ALAMAT: Kampung Pintu Padang, 31600 Gopeng Perak

EMAIL: [email protected]

FACEBOOK: Natasya Caravan Park

TELEFON : +60 19 404 4440

Destination: