Nest Home - Airbnb Bertemakan Naruto Di Johor Bahru

March 22, 2021 - 05:25 PM


Naruto merupakan sebuah siri animasi Jepun yang sangat terkenal di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah apabila lokasi-lokasi menarik yang menggunakan tema animasi ini mendapat perhatian orang ramai. Salah satu daripada lokasi tersebut terletak di Johor Bahru. Jadi kalau korang peminat Naruto, korang boleh duduk di Naruto Suite by Nest Home.

Lokasi homestay ini terletak di Austin Heights, dan bila korang masuk ke dalam rumah ini, pasti korang akan terpegun dengan design dan perabot yang digunakan.

Walaupun korang bukan peminat Naruto, estetik interior rumah ini sangat cantik dan terang dengan warna oren yang digunakan. Termasuklah lampu kertas yang menghiasi dinding-dinding di dalam rumah ini. 

Malah, terdapat juga dapur, ruang tamu yang mempunyai projektor, dan bilik tidur yang dilengkapi dengan katil king-size di sini. Bagi merehatkan diri, korang boleh tengok Netflix (disediakan) dan bermain peralatan konsol klasik. Senang cerita, memang tak bosan la bila stay sini. Untuk makan pula, area ni memang penuh dengan restoran-restoran yang sedap, jadi tak perlu risau.

Untuk aktiviti lain pula, korang juga boleh pergi ke austin Height Water & Adventure Park, Rocky Basecamp di AEON Tebrai, dan Escape Room di Lost. 

Korang juga akan mendapat satu spot parking di sini. Senang cerita, kalau korang inginkan staycation hujung minggu yang dekat dengan lokasi-lokasi menarik dan kedai makan yang sedap, korang boleh datang ke sini.

Alamat: MANHATTAN @ Austin Heights, Jalan Austin Heights 8/4, 81100 Johor Bahru, Johor

Airbnb

Destination: