Penang Ada Resort Ala Bali Yang Cukup Cantik!

January 19, 2022 - 10:52 AM


Rindukan suasana di Bali? Tapi risau nak terbang ke Indonesia akibat Covid-19? Korang tak perlu risau lagi. Terdapat satu resort yang bercirikan ala Bali di negara kita! Salah satu resort yang tak ramai orang tahu. Resort tersebut adalah The Lost Paradise yang terletak di Pulau Pinang.

Sebaik saja korang tiba di resort ini, korang akan disambut dengan suasana yang cukup menenangkan kerana resort ini disempurnakan dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan dan juga udara yang menyegarkan. Lagi menarik, resort ini berada dekat sangat dengan pantai dan korang cuma perlu memandu dalam 10 minit.

Selain itu, resort ini berada di bandar Batu Feringghi. Antara ciri unik resort ini adalah setiap bilik direka berbeza antara satu sama lain namun tetap membawa tema yang sama iaitu Bali dan juga tradisional. Terdapat 6 jenis bilik yang ditawarkan. Kalau korang nak penginapan yang sempurna, korang patut cuba menginap di bilik Superior Suite dan juga Seafront Suite kerana anda bakal ditemani dengan bunyi deruan ombak yang menghempas pantai.

Korang bercuti bersama keluarga besar? Korang boleh bermalam di bilik Grand Family Suite yang sesuai untuk keluarga. Bilik ini sememangnya luas dan cukup selesa, tandas yang dihiasi dengan penuh kesenian dan yang paling menarik berhadapan dengan kolam Bali yang menenangkan jiwa.

Kolam renang pun ada tau so korang tak perlu risau kalau malas nak pantai pun masih dapat berendam! Memang satu resort yang serba lengkap. Korang patut cuba bermalam di sini bersama insan tersayang!

Harga: bermula dari RM250 di website

Alamat: 260, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Destination: