Plassid Villa - Villa Atas Bukit Dengan Pemandangan Sangat Cantik Di Negeri Sembilan

March 30, 2021 - 07:27 AM


Siapa sangka Negeri Sembilan mempunyai lokasi nature retreat dan staycation yang menarik kan? Kalau korang plan untuk melancong ke Negeri Sembilan pada masa akan datang, korang boleh consider untuk duduk di Plassid Villa, sebuah lokasi nature retreat yang dikelilingi oleh kehijauan pokok dan air sungai yang sangat menenangkan.

Di villa ini terdapat 2 bilik yang sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 10 orang tau. Satu dari bilik tersebut mempunyai 3 katil single dan satu katil double. Manakala bilik lagi satu mempunyai 3 katil single dan 2 toto untuk korang guna. Jangan risau, walaupun dikelilingi oleh pokok-pokok, setiap katil tersebut mempunyai kelambu sendiri, tak perlu takut gigitan nyamuk ketika tidur. 

Disebabkan villa ini terletak di atas bukit, pemandangan yang korang akan dapat memang sangat cantik dan menakjubkan. Bukan tu je, terdapat banyak hiasan pokok bunga di sekitar villa ini menambahkan lagi seri buat pengunjung yang datang. Ada juga peralatan BBQ untuk korang gunakan ketika berada di sini, so bawa bahan masakan siap-siap ya.

Korang juga boleh pergi ke air terjun berdekatan, nak jungle trekking pun tiada masalah. Harganya pula bermula dari RM900 untuk 8 orang, so kalau bahagi setiap sorang cuma perlu bayar RM112 sahaja. Memang berbaloi la dengan pemandangan cantik macam ni. Jadi kalau korang plan nak bercuti ke Negeri Sembilan secara berkumpulan, bolehlah menginap di sini. 

Alamat: Seremban, Negeri Sembilan

Facebook | Instagram

Destination: