Plateau Farm - Rasai Pengalaman Duduk Di Rumah Pokok Atas Bukit Di Janda Baik

March 24, 2021 - 01:13 PM


Kalau korang pembaca setia Rileklah, korang pasti tahu yang Pahang ni merupakan lokasi terbaik untuk nature retreat, staycation, dan juga private villa. Tapi sekarang ni min nak tambah lagi satu lokasi unik di negeri ini, iaitu rumah pokok! Ya, di Plateau Farm's Treehouse Camp Site, korang boleh merasai pengalaman duduk di rumah pokok yang jauh dari manusia lain.

Sekali lagi, Janda Baik merupakan lokasi staycation unik ini.

Rumah pokok tersebut boleh memuatkan sehingga 2 orang dan korang boleh lihat pemandangan lembah dan kehijauan pokok yang sangat cantik dari sini. Dengan ketinggian 500m dari atas laut, memang cuaca dan suhu pun agak sejuk so korang boleh rileks dan enjoy hari korang dengan gembira.

Bila korang sampai ke lokasi, korang boleh park kereta di bawah bukit tersebut dan berjalan naik mengikut laluan yang telah disediakan. Jangan risau, korang memang tak akan boring duduk di sini. Sebab ada macam-macam aktiviti yang boleh dibuat seperti piknik, BBQ, bird watching, dan campfire. Tapi semua barangan tu kena bawa sendiri ya. 

Jadi kalau korang inginkan satu pengalaman yang unik duduk di rumah pokok dan mempunyai pemandangan yang memukau dan sangat cantik, boleh datang ke Plateau Farm's Treehouse Camp Site.

Dan jangan lupa untuk bergambar ya, bukan selalu pergi ke rumah pokok di atas bukit ni kan? Untuk info lanjut korang boleh check out link di bawah okay? Have fun!

Alamat: Lot 15826, Kg Sum Sum Janda Baik, Bentong, Pahang

Website | Facebook | Instagram

 

 

Destination: