'Pondok Pondok' - Bercuti Dalam Kebun Buah-Buahan Di Ayer Molek, Melaka

November 13, 2020 - 03:40 PM


Kalau anda sedang mencari sebuah destinasi percutian untuk keluarga yang dikelilingi dengan alam semulajadi yang sejuk dan menenangkan serta berdekatan juga dengan ibu kota Kuala Lumpur -- anda mungkin boleh memilih PONDOK PONDOK yang terletak di Ayer Molek, Melaka ini!

Menariknya, percutian gaya rumah kecil yang berkonsepkan moden dan minimalist ini berada di tengah-tengah kebun buah-buahan di mana jika anda cukup bertuah datang ketika musim buah -- anda sekeluarga berpeluang membeli serta menikmati kesegaran buah rambutan dan durian yang ada di sini.

Selain itu, Pondok Pondok turut menyediakan sebuah kolam renang yang besar dan luas untuk anda bersantai dan mandi-manda sambil menghirup oksigen fresh daripada pokok-pokok di sekelilingnya.

Pondok Pondok menyediakan 3 jenis bentuk penginapan iaitu bilik Standard (RM200 / semalam), Pool View (RM220 / semalam) dan Family (RM270 / semalam).

Kesemua unit bilik-bilik ini adalah selesa untuk 4 orang dewasa kerana ianya terdiri daripada satu katil bersaiz queen dan satu katil sofa bersaiz queen.

Semua unit dilengkapi dengan penyaman udara, kipas angin, pemanas air, WIFI dan Astro Njoi.

Malah, turut tersedia adalah ruang bersama yang boleh digunakan tetamu iaitu dapur / pantri, BBQ Pit, serta ruang tempat makan yang diletakkan bersebelahan kolam renang.

Bercuti di Pondok-Pondok ini pastinya memberikan anda sekeluarga suatu pengalaman percutian yang menyeronokkan apatah lagi dengan banyak kawasan-kawasan di sekelilingi tempat ini yang sangat cantik untuk anda bergambar OOTD bagi dimuatnaik di Instagram.

PONDOK PONDOK

ALAMAT: Lot 282, Jalan Jenuang, Kampung Ayer Molek, 75460 Ayer Molek, Melaka

NO TEL: +6018-388 9818

WEBSITE: pondokpondok.com

Destination: