Pulo Cinta Eco Resort - Resort Berbentuk Love Yang Sangat Romantik Di Indonesia

February 24, 2021 - 03:01 PM


Indonesia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling diminati oleh kaki travel di seluruh dunia. Malah Bali merupakan destinasi pertama dalam wish list kaki travel untuk tahun 2021 menurut Trip Advisor. Jadi tidak hairanlah apabila terdapat pelbagai resort unik dan menarik yang ada di sini. Salah satu resort tersebut adalah Pulo Cinta Eco Resort.

Terletak 2km dari pantai Gorontalo di Utara Sulawesi, Pulo Cinta telah dibuka sejak tahun 2015 lagi. Lokasi unik di tengah laut dan di atas terumbu yang sangat cantik, resort ini menjadi pilihan orang ramai sebagai salah satu lokasi romantik di Indonesia. Dan jika dilihat dari atas, resort ini dibina dengan bentuk heart / love! Memang kena dengan nama mereka iaitu Pulo Cinta.

Di Pulo Cinta, terdapat 15 banglo atas air yang korang boleh pilih di mana setiap dari mereka mempunyai 1 hingga 3 bilik tidur dan beranda. Yang paling best, di villa ini terdapat bean bags untuk korang lepak di deck banglo korang sambil menikmati pemandangan indah bersama pasangan tercinta. Selain dari itu, terdapat juga beberapa aktiviti yang korang boleh join.

Ada buaian di tengah-tengah resort untuk korang begambar, waktu malam pula boleh stargaze kerana langit sangat clear. Korang juga boleh pergi underwater adventure dan terjun dari beranda korang ke dalam laut menggunakan snorkel atau peralatan scuba diving. Jangan risau, semua ini disediakan ketika korang check-in ke resort ni.

Jadi kalau korang rindu nak travel ke Indonesia tapi tak tahu mana nak pergi pada masa akan datang, bolehlah consider untuk duduk di Pulo Cinta Eco Resort ni. Memang sangat cantik dan memukau guys. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan inginkan honeymoon romantik atau untuk pasangan yang nak celebrate anniversary mereka.

Alamat: Patoameme, Botumoito, Kabupaten Boalemo, Gorontalo, Indonesia

Laman Web | Facebook | Instagram 

 

Destination: