The Resthouse Perhentian - Rumah Kampung Unik Di Tepi Laut

HOTEL
March 22, 2021 - 11:59 AM


Di Malaysia ni terdapat banyak pulau-pulau cantik yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan juga luar. Salah satu pulau yang dimaksudkan adalah Pulau Perhentian. Jadi memang tidak hairanlah apabila ada satu lokasi penginapan unik di sana untuk pelancong duduk merehatkan diri. Nama lokasi tersebut adalah The Resthouse Perhentian. 

Rumah ini terletak di persisiran pantai private yang tidak boleh dimasuki orang ramai. Dengan kata lain, bila menginap di sini korang tak perlu risau mengenai kesesakan pelancong lain. 

Persisiran pantai ini sememangnya korang punya sepanjang tempoh penginapan. Best kan? Rumah ini telah dibina oleh penjajah British tetapi telah diubah suai sejak dari zaman dahulu.

Selain itu, sebahagian besar keuntungan mereka akan diberikan kepada Lang Tengah Turtle Watch di pulau jiran. Ianya merupakan projek pemuliharaan penyu. Malah mereka yang duduk di sini disarankan untuk melawat pusat tersebut untuk melihat sumbangan yang telah dilakukan di atas penginapan mereka di The Resthouse Perhentian.

Terdapat 2 bilik tidur utama dan dua bilik tidur berkembar yang boleh memuatkan sehingga 8 orang.

Segala kelengkapan asas juga disediakan di sini. Rumah ini juga menggunakan 100% kuasa solar, jadi ianya memang environmental friendly. Dapur di sini pula hanya menyediakan makan pagi, so korang disarankan untuk membeli barangan dapur terlebih dahulu. Tapi kalau malas nak masak boleh je jalan 5 minit di pantai untuk sampai ke restoran lain.

Alamat: Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Laman Web | Instagram

Destination: 
Artikel berkaitan