Rimba Hang Kasturi - Homestay Warisan Di Melaka Yang Berdekatan Dengan Jonker Street

HOTEL
November 17, 2020 - 04:38 PM


Melaka bandaraya bersejarah. Ia merupakan salah satu negeri yang paling ramai menerima pelancong tempatan dan juga pelancong dari luar negara. Terdapat banyak lokasi yang korang boleh pergi di Melaka terutamanya di bandar Melaka sendiri. Dan kalau korang mencari lokasi penginapan yang terbaik untuk trip korang ke Melaka yang seterusnya, tak perlu cari lagi. 

Rimba Hang Kasturi terletak berdekatan dengan Jonker Street Night Market, hanya perlu jalan kaki selama 4 minit je tau. Pada asalnya lokasi ini merupakan sebuah kedai lama yang kemudiannya diberi wajah baru dan menjadi salah satu homestay yang terbaik di Melaka. Homestay ini boleh memuatkan sehingga 14 orang dan ada 4 bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air tersendiri.

Korang boleh pilih untuk tidur di master suite (ada loteng) yang boleh memuatkan 8 orang, open courtyard suite untuk 2 orang, wooden balcony suite untuk 2 orang, atau upper floor suite untuk 2 orang juga. Dan kebanyakan bilik ni ini ada balkoni tersendiri yang korang boleh pergi dan tengok pemandangan cantik halaman di tengah-tengah homestay ini.

Rimba Hang Kasturi juga mempunyai dapur yang menggunakan open-concept, ruang tamu, dan halaman di tingkat atas. Salah satu tarikan di homestay ini adalah private pool indoor yang sangat cantik untuk korang merendamkan diri setelah penat berjalan-jalan di bandar Melaka. Korang juga boleh sewa homestay ini untuk wedding photoshoot atau video shooting.

Jadi kalau korang nak duduk di lokasi pengingapan yang berdekatan dengan Jonker Street Night Market dan tempat yang sangat cantik, korang boleh pilih Rimba Hang Kasturi ni. Macam biasa jangan lupa jaga SOP dan jaga penjarakan sosial serta pakai penutup muka. Untuk info lebih lanjut boleh pergi ke laman Facebook mereka di bawah. Have fun!

Alamat: 70, Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka

Facebook

Destination: 
Artikel berkaitan