Rimba Resort Johor, Lokasi Sesuai Untuk Rehatkan Minda Anda!
Cuma 3 jam dari Singapura, Rimba Resort adalah satu lokasi percutian yang sempurna untuk anda berehat! Teluk semula jadi di hujung Pulau Sibu, Malaysia menawarkan satu pengalaman percutian yang sepi dan private dari orang ramai.
Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti menyelam, snorkeling atau bersantai di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam yang cukup memukau!
Resort ini dibina dengan tema perkampungan Kenya, menawarkan 21 chalet menghadap pantai dan cuma 350 meter jauh dari pantai persendirian yang cukup indah.
Selain dari itu, anda juga boleh manjakan diri di Bamboo Bliss iaitu spa yang tersedia di resort tersebut. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari http://rimbaresort.com ataupun boleh checkout Facebook rasmi Rimba Resort: https://facebook.com/rimbaresort