A Rock Resort - Tak Perlu Mandi Pantai, Kolam Di Sini Dah Cukup Best
Hari ini merupakan hari pertama dalam bulan Disember. Dan sebelum ini, bulan Disember merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai untuk berehat dari kerja dan pergi bercuti bersama rakan-rakan, pasangan, ataupun keluarga masing-masing. Sayangnya tahun ni tak macam sebelumnya. Tapi, korang masih lagi boleh pergi bercuti bila travel bubble Malaysia dilaksanakan tidak lama lagi.
Antara resort yang korang boleh pergi di kawasan pelancongan terkenal, Langkawi, adalah A Rock Resort. Terletak berdekatan dengan Pekan Kuah, resort ini memang sangat cantik dan mempunyai ciri-ciri unik berbanding resort lain. Malah bangunan di resort ini juga disusun mengelilingi kolam bulat yang besar untuk pelanggan mandi.
Kolam ini dibuka hingga ke 1 pagi. Jadi kalau korang teringin nak mandi kolam pada waktu malam memang tiada masalah. Boleh enjoy pemandangan langit yang cantik sambil berenang. Di kolam itu juga ada beberapa ruangan yang menggunakan hammock untuk korang baring sun bathing di situ. Untuk bilik pula korang boleh ambil Deluxe King Ground Pool Access untuk lebih dekat dengan kolam resort ini.
Mereka juga ada menyediakan ruangan garden, piknik, dan BBQ kalau korang nak. Malah korang juga boleh menyewa kereta untuk berjalan-jalan di Langkawi. Antara kemudahan lain yang ada ialah restoran dan spa center. Jadi kalau korang nak berjalan-jalan di Langkawi dan duduk di resort yang unik dan cantik, korang boleh datang ke A Rock Resort.