Rumah Bendang: Percutian Dengan View Awesome, Siap Ada Infinity Pool Tepi Sawah Padi

December 08, 2020 - 04:19 PM


Memandangkan sekarang Kerajaan telah membenarkan untuk aktiviti rentas negeri, jadi korang dah bolehlah kalau nak pergi bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan bagi mengambil udara segar di luar setelah sekian lama berkurung di rumah.

Jika korang ada rancangan untuk bercuti ke pulau peranginan, Langkawi dan nak rasa pengalaman menginap di sebuah homestay yang berkonsepkan rumah Melayu klasik dengan pemandangan bendang yang luas dan hijau -- korang boleh cuba stay di 'RUMAH BENDANG'!

Homestay ini terletak di Jalan Nyior Cabang, Langkawi dan menariknya di sini juga disediakan sebuah kolam renang infiniti yang betul-betul ada di tepi bendang. Memang syok sangat kalau anak-anak bersantai dan berenang di dalamnya sambil menikmati pemandangan bendang dan Gunung Raya.

Rumah Bendang ini menawarkan 3 jenis rumah yang diberi nama Rumah Wan, Rumah Tok dan Rumah Opah.

Setiap jenis rumah penginapan menampilkan dekorasi hiasan dalaman dengan suntikan elemen kombinasi moden, artistik & tradisional.

2 buah rumah iaitu Rumah Wan dan Rumah Opah boleh memuatkan lebih kurang 15 orang serta sangat sesuai untuk dijadikan lokasi gathering keluarga atau sahabat handai.

Manakala Rumah Opah adalah 'series' rumah yang kecil di Rumah Bendang. Diberi nama sempena panggilan Opah kepada Ibu 'owner' kepada Rumah Bendang.

Rumah Opah menampilkan seni architecture yang meletakkan elemen kayu pada beberapa ruang di rumah. Antaranya penggunaan dinding papan sisik & tingkap kayu lama di bahagian dapur serta dinding ke luar rumah.

Dengan ruang tamu yang dihadapkan ke luar memperlihatkan landskap padi, gunung & kolam dalam satu paparan. Menjadikan ia salah satu 'serene scene' yang memukau untuk dilihat.

Rumah Opah mempunyai 2 bilik & 2 bilik air. Dengan satu bilik mempunyai 1 katil 'Queen' dan 1 katil 'Single' menjadikan unit ini sesuai untuk 3 orang. Tambahan tilam disediakan jika tinggal lebih dari 3 orang.

Bercuti di Rumah Bendang memberikan korang peluang untuk merasai kehidupan yang damai di kampung dan anara aktiviti menarik yang boleh korang lakukan di sini adalah memancing ikan darat di kawasan bendang.

Antara ikan yang ada seperti sepat, puyu, & ikan haruan. Di bahagian hujung tanah Rumah Bendang ada tali air untuk pengairan sawah yang kaya dengan spesis ikan darat.

Jadi pada yang nak cuba-cuba memancing ikan darat bila tinggal di sini boleh maklumkan awal kepada pihak pengurusan homestay agar mereka menyediakan joran kampung untuk korang cuba. Best, kan!

RUMAH BENDANG

ALAMAT: Jalan Nyior Cabang, Langkawi, Kedah.

NO TEL: 013-393 5608

FACEBOOK: Rumah Bendang

 

Destination: