Rumakici Melaka : Port Staycation Ala English Style, Siap Kolam Renang
Bila sebut tentang percutian, pasti ramai yang lebih gemar memilih penginapan mendamaikan dan jauh dari hiruk-pikuk kota yang menyesakkan dada.
Disebabkan itu, ramai juga yang suka membuat percutian ke Melaka kerana di bumi yang terkenal dengan kisah sejarah Hang Tuah itu banyak pilihan penginapan yang cukup indah untuk dijadikan 'terapi jiwa'.
Antara penginapan menarik untuk korang cuba jika bercuti ke Melaka adalah "RUMAKICI" atau orang putih kata 'tiny house'. Hehehe...
Rumakici yang terletak di Jalan Setulang Daeng, Pulau Gadong, Melaka ini mengetengahkan konsep industri dan English style.
Di sini selain dihiasi dengan kolam renang besar yang boleh korang bersantai dan berenang -- terdapat juga 2 unit rumah dengan keluasan 26×10 kaki persegi.
Menariknya, kedudukan 'hotel mini' ini dibina dengan mengambil kira kitaran terbit dan terbenam matahari untuk mengimbangi suhu serta pencahayaan dalam Rumakici.
Malah, jika korang datang bercuti ke sini pada bulan Februari, Mac, Julai dan Ogos -- korang berpeluang menikmati pemandangan sawah padi yang menguning keemasan terbentang luas di sekeliling Rumakici ini.
Rumakici yang siap dibina pada Disember 2019 dilengkapi segala kemudahan yang selesa seperti tempat tidur, ruang istirehat, dapur mini, tempat barbeku dan tandas di luar untuk memudahkan mereka menyalin pakaian selepas mandi kolam.
Harga sewa untuk dua unit bagi satu malam adalah RM580 hari biasa -- manakala Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum RM680.
Tetapi jika korang nak sewa hanya satu unit rumah pun boleh, cuma RM360 semalam.
Sumber: Melaka Hari Ini & Kredit Gambar: Facebook Rumakici