SEA KECIL Tiny House, Penginapan Comel Tepi Pantai Untuk Keluarga!

February 25, 2022 - 01:48 PM


Korang mesti pernah tengok kan dalam banyak movie di mana di suatu pantai mesti ada satu rumah kecil yang tak berapa besar tapi cukup menarik! Takkan la korang tak teringin kan rasa macam mana tinggal di tepi pantai ditemani laut biru dan deruan ombak yang menenangkan!

Lokasi penginapan kali ini antara yang paling unik dan juga comel! Comel dari segi saiz dan juga rupa! SEA KECIL Tiny House yang terletak berdekatan dengan jeti Kuala Besut, Terengganu memang sesuai untuk percutian keluarga lebih-lebih lagi di zaman Covid-19 ni!

Selain kedudukannya yang betul betul berhadapan dengan pantai yang cukup indah, SEA KECIL Tiny House mampu menampung 4 orang pengunjung! Terdapat 2 buah katil, satu bathtub, dan lengkap dengan penghawa dingin! 

Rumah ini ada dua tingkat tau! Tingkat pertama korang akan nampak satu katil single manakala satu katil besar yang boleh muat 3 orang berada di loteng! Memang cukup selesa ditambah pulak dengan angin laut yang sangat nyaman!

Nak memasak? Jangan risau ada dapur kecil dan juga satu peti ais mini. Jadi boleh la kalau nak masak masakan yang ringkas. Cawan, pinggan, cerek dan yang paling best mesin kopi pun ada tau! Boleh la nak fefeeling romantik minum kopi bersama pasangan!

Untuk tempahan dan sebarang maklumat lanjut korang boleh klik SEA KECIL Tiny House (Facebook) atau hubungi +60 14-822 7217

Destination: