Sekeping Tenggiri - Nature Retreat Menyerupai Oasis Di Tengah Bandar KL

February 18, 2021 - 01:20 AM


PKP 2.0 ni ramai yang mula bekerja dari rumah dan disebabkan kita tak boleh merentas negeri, ramai yang dah mula frust terperap di dalam rumah. Tapi jangan risau, kalau korang duduk di tengah KL, korang boleh pergi ke Sekeping Tenggiri di sini. Ianya merupakan sebuah homestay nature retreat yang sangat cantik dan korang tak akan percaya tempat lawa macam ni ada di tengah-tengah bandar.

Homestay ini mempunyai 7 bilik dan ianya sangat sesuai untuk korang larikan diri seketika dari kesibukan bandar untuk merehatkan diri. Antara tarikan menarik adalah swimming pool yang dikelilingi kehijauan pokok-pokok yang ada. Bukan tu je, design dan astetik yang digunakan bertemakan minimalistik, jadi kalau korang yang suka design simple, inilah tempatnya.

Ada beberapa jenis bilik yang korang boleh pilih ketika duduk di sini iaitu:

  • Glass Room
  • Left and Right Garden Rooms
  • Loft
  • Pool View Room
  • Courtyard Room
  • Sky View Room

Mengikut kehendak korang, pilihlah mana yang kena dengan hati. Bila duduk di sini, kadang boleh terlupa yang kita sebenarnya sedang berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Memang sangat nyaman dan menenangkan.

Lokasi ini juga sangat terkenal untuk shooting gambar pre-wedding. Jadi kalau korang nak lari seketika atau nak cari lokasi pre-wedding yang cantik, Sekeping Tenggiri merupakan lokasi terbaik untuk korang duduk di KL. Tak perlu lagi pergi merentas negeri untuk cari homestay dan resort yang cantik macam ni. 

Alamat: No. 48, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: