Sementara Nature Resort - Lokasi Wajib Pergi Untuk Lari Dari Kesibukan Bandar

November 16, 2020 - 04:07 PM


Seperti mana yang korang dah tahu sekarang ni, terdapat banyak nature retreat yang ada di Malaysia. Dan setiap satu daripada lokasi-lokasi tersebut mempunyai tarikan unik yang tersendiri. Salah satu lokasi tersebut adalah Sementara Nature Resort di Perak. Ianya terletak di dalam hutan hujan Gopeng dan lokasi ni memang macam dalam dunia fantasi, cantik dan memukau. 

Dikelilingi oleh flora dan fauna, Sementara Nature Resort juga terletak di sekeliling tasik. Design yang digunakan bagi setiap chalet pula adalah moden dan minimalistik. Sangat sesuai dengan keadaan sekelilingnya. Kawasan tersebut juga merupakan habitat bagi Rama-Rama Rajah Brooke. Terdapat beberapa chalet yang korang boleh pilih bergantung kepada bilangan orang.

Kalau korang nak datang sini berseorangan atau dengan pasangan, korang boleh ambil Larva chalet yang memberikan pemandangan tasik dari bilik. Manakala untuk beramai-ramai sama ada dengan rakan-rakan atau keluarga pula korang boleh ambil Puupa chalet yang mempunyai 3 katil. Tapi kalau memang datang dengan group besar, ambil Mekar chalet yang mempunyai dua tingkat. 

Terdapat aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh buat apabila korang stay di Sementara Nature Resort ni. Antaranya adalah masuk ke dalam Gua Tempurung, white water rafting, dan waterfall abseiling. Tapi ada sesetengah aktiviti yang memerlukan had minumum seramai 4 orang. Kalau nak buat juga, sila hubungi pihak resort terlebih dahulu sebelum datang ya.

Sekarang ni memang tengah ada promo untuk korang yang tinggal di Kampar, Gopeng, dan Ipoh tau. Cuma perlu contact pihak resort atau datang dan tunjuk kad pengenalan korang.

  • RM300 for weekday, RM400 for Saturday.
  • RM380 for Puupa Chalet, weekday.
  • RM480 for Puupa Chalet, Saturday.
  • Inclusive dinner and breakfast!

Untuk maklumat yang lebih lanjut korang bolehlah lawati laman web rasmi mereka ataupun pergi ke laman media sosial utama mereka di bawah. Selamat bercuti!

Alamat: Lot 15918, Kampung Ulu Geroh, 31600, Gopeng, Perak

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: