Sentosa Villa Taiping, Lokasi Nature Getaway Yang Memukau

January 06, 2022 - 11:32 AM


Sentosa Villa adalah satu resort yang berada di Taiping, kaya dengan rimbunan hijau dan juga keindahan semulajadi! Satu lokasi getaway yang sempurna untuk anda merehatkan minda.

Sentosa Villa sentiasa menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Terdapat dua jenis penginapan iaitu Villa dan juga Hotel. Daya tarikan Sentosa Villa sudah tentu tentang keindahan persekitaran dan juga lanskapnya.

Terletak betul betul di tengah Taman Tasik Taiping, dan cuma perlu berjalan 15 minit untuk ke Bukit Larut. Sesuai sangat untuk kaki nature semua. Dah penat badan hiking Bukit Larut, memang berbaloi kalau anda menginap di sini. Selain dari itu, terdapat Bird Farm dan juga sungai yang cukup menenangkan. Sesuai untuk anda yang ingin luangkan masa bersama keluarga

Makanan yang disediakan di kafeteria juga cukup menyelerakan! Tapi kalau anda betul betul nak explore makanan di Taiping, terdapat pelbagai pilihan yang anda!

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh Klik Sini !

Kredit dan Sumber: DanOnTheRoad, Sentosa Villa (Facebook) 

Destination: